Loading...

Hilangkan lenguh sendi dan otot Satu sapuan bertindak dua kali lebih pantas dengan kesan lebih lama

Lutut & Sendi

Kurangkan kesakitan lutut dan sendi akibat aktiviti fizikan, aktif bersukan, kecederaan ringan dan masalah kesihatan lain

Kegunaan Luaran

Sesuai untuk sapuan luaran di bahagian kulit untuk mengurangkan sakit otot dan sendi seperti lutut, bahu, pinggang, tengkuk dan bahagian belakang.

Pinggang & Belakang

Legakan lenguh dan sengal di bahagian belakang dan pinggang akibat keletihan bekerja seharian.

Aktiviti Fizikal

HM+ Relaxing Joints & Muscles Cream juga sesuai untuk aktiviti fizikal seperti bersenam dan beriadah.

Bahu & Tengkuk

Meringankan kesan tidak selesa di bahu dan tengkuk kerana tekun menghadap komputer dan telefon bimbit.

Selamat Digunakan

Produk didaftarkan dibawah notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT 190904805K) dan diuji bebas dari unsur berbahaya.

Formula baru lebih istimewa Lebih pantas dan lebih lama

HM+ Relaxing Joints & Muscles cream telah dinaik taraf berdasarkan krim THM sebelum ini.  Kalau sebelum ini sudah cemerlang, kini ianya lebih amazing!  Formulasi baru dengan pelbagai keistimewaan ini:

  • Bertindak menyerap ke kulit dengan 2 kali lebih pantas.
  • Kesan ‘menthol’ berangin lebih tahan lama berbanding produk lain.
  • Tanpa rasa kesan panas, melecet atau terbakar.
  • Sesuai digunakan untuk kecederaan ringan atau bengkak.
  • Bauan aromatherapy yang lebih menyenangkan.
  • Pengunaan lebih selesa tanpa melekit atau berminyak.

Melegakan Lenguh Bahu dan Tengkuk Sakit bahu dan tengkuk akibat tersilap bantal?

Salah bantal? Atau sengal-sengal tengkuk duduk menghadap komputer seharian di pejabat?  Baca buku dengan tekun sesi exam dah dekat? Bahu terasa lenguh dan kebas akibat terlampau fokus dengan tugas?

Sapukan HM+ Relaxing Joints & Muscles  yang sangat melegakan.  Simpan satu unit di pejabat atau di kolej untuk kesegaran segera.

Cuba bagi rakan-rakan rasa sambil tolong diorang kerja dengan lebih produktif.  Boss! Sila bekalkan office dengan HM+ bagi meningkatkan produktiviti.

Sakit Pinggang & Belakang Semak postur duduk dan gunakan HM+

Duduk lama sangat dengan kedudukan yang salah (‘bad posture’) merupakan sebab utama sakit pinggang.  Kadang-kadang tersilap posisi tidur pun sama.  Ditambah lagi memandu berjam-jam pada setiap hari  terperangkap dalam traffic jam.

Terseksa dengan rasa sakit belakang dan sakit pinggang yang tak hilang-hilang?

Jadi kenapa kita nak biarkan sakit tu lama-lama sedangkan dah ada HM+ Relaxing Joints & Muscles cream  yang terbukti berkesan?  Dah! jangan tahan-tahan sakit tu.. sapu je HM+.

Mengurangkan Sakit Pinggang & Belakang Kesegaran segera, lebih selesa dan lebih produktif

Sakit Lutut dan Sendi Hidup lebih aktif dengan bersukan

Sakit lutut dan sendi boleh berlaku akibat aktiviti fizikal atau bersenam.  Ia disebabkan oleh tekanan yang berterusan pada lutut dan sendi hingga terjadinya keradangan dan/atau kecederaan pada bahagian ini.

Juga boleh disebabkan oleh kekurangan pelincir pada lutut akibat faktor umur yang meningkat serta kesan obesiti dengan pertambahan berat badan.

Sapukan HM+ untuk kesan kelegaan lebih pantas.  Jangan lupa untuk dapatkan nasihat pengamal perubatan yang bertauliah jika sakit berterusan.

Kepenatan dengan Aktiviti Seharian Mengatasi masalah susah tidur akibat kepenatan

Lenguh-lenguh badan dan kepenatan boleh akibatkan susah nak tidur.  Tidur pun tak lena. Betul tak? Tak kira lah, akibat dari semangat bersukan atau kepenatan seharian bekerja ditambah pula terperangkap dalam kesesakan trafik.

Esok pagi pergi kerja, rupa dah macam zombie!  Kawan satu office nak tegur pun takut hehe..

So, sebelum tidur tu, sapu HM+ di bahagian sendi, lengan dan betis.  Sapu juga sedikit di bahagian dada.  Kaedah ni dapat menyejukkan badan..  Betul! Macam ada depan penyaman udara.  Rasa sungguh nyaman dengan bauan aromatherapy yang menyenangkan.  Kini kita boleh tidur lebih nyenyak dan cergas!

Aktiviti Fizikal Sesuai digunakan sebelum dan selepas aktiviti fizikal

HM+  boleh membantu sebagai ‘pemanas’ otot bagi menjalankan aktiviti fizikal seperti bekerja, bersukan mahu pun aktiviti lasak.  Sapukan pada bahagian badan terutamanya betis dan peha sebelum sesi warm-up.

Tak kira apa juga jenis pekerjaan, riadah, bersenam dan bersukan seperti bermain bola sepak dan badminton, mendaki gunung, jogging atau merentas desa,  masuk ke gym, bermain futsal dan sebagainya.

Rasa sakit atau lenguh-lenguh selepas aktiviti fizikal?  Sapukan juga bagi kelegaan lebih pantas!

Sesuai untuk Semua Peringkat Umur Kegunaan luaran tanpa kesan berlebihan

HM+ Relaxing Joints & Muscles cream sangat sesuai untuk semua peringkat umur.  Golongan dewasa, warga emas dan kanak-kanak lebih 5 tahun boleh dapat manafaat dengan pantas.

Lenguh dah kurang, jangan lupa ibu-bapa kita yang sudah berusia juga amat memerlukan.  Jangan lupa juga kepada atuk, nenek, tok wan, opah, nyai, dan yaei kita tu. Kasihi mereka.  Dapatkan HM+ dan tolong urut-urut sikit.  Apa sangat HM+ ni kalau nak bandingkan dengan jasa dan kasih mereka.

Jangan lupa pulak anak-anak kita.  Minggu depan ada larian merentas desa.  Ada aktiviti sukan sekolah.  Tu belum lagi petang-petang main bola, badminton atau main kejar-kejar dengan kawan-kawan.

Kegunaan Umum Mengurangkan kesakitan secara luaran

HM+ juga  boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan secara umum.  Sapukan dibahagian luar yang berkaitan bagi meringankan kesakitan.  Boleh digunakan bagi:

  • Mengurangkan sakit kepala dan pening.
  • Mengurangkan ‘period pain’.
  • Mengurangkan bengkak dengan lebih berkesan.

Gaya Hidup Aktif dan Sihat Untuk semua peringkat umur

Dari Meja Pengasas Fuh! Dengan hanya satu sapuan pastinya, HM+

Sebagai physiotherapist di pusat perubatan, tugas Azrul Yazid ialah membantu memulihkan fungsi fizikal pesakit agar berada dalam tahap yang lebih baik..

Pelbagai pengalaman daripada tugas membantu pesakit yang mempunyai masalah kesakitan sendi dan otot akibat kecederaan, kemalangan mahupun mederita kesakitan akibat penyakit tertentu.

Sebut je sakit apa.. sakit bahu, sakit lutut, sakit belakang, sakit pinggang dan pelbagai lagi! Pesakit-pesakit akan diberikan rawatan dan ubatan untuk mengurangkan kesakitan yang mereka alami.  Salah satu daripadanya, krim tertentu diberikan bagi melegakan atau mengurangkan kesakitan  (pain relief).

Bila dah dibenarkan keluar dari hospital, krim hanya diberikan dalam jumlah yang diperlukan sahaja.  Selalunya mereka tanya..

“Nak lebih krim ni boleh tak?”
“Krim ni takde ke kat luar?”
“Farmasi mana ada jual krim ni?”

Dan macam-macam lagi mereka tanya pasal krim ni.

Malangnya krim ni hanya boleh didapati di hospital dengan kuantiti amat terhad!  Memanglah banyak jenama krim “pain relief” kat luar sana.  Minyak angin pun ada macam-macam dalam pasaran.

Tetapi komen mereka selalunya..

“Tak sama la krim yang beli kat farmasi ni dengan yang dapat aritu!”
“Macam tak rasa je..”
“Sapu-sapu, kejap je rasanya..”
“Alah, seminit je panas lepas tu dah hilang…”

Pasal bau pula …

“Pening bau minyak angin!”
“Bau macam hospital hehe..”

Atas rasa tanggung jawab untuk terus membantu, terhasilah krim The Human Mechanic atau (‘THM’) dengan kesan yang agak memberangsangkan.

HM WORLDWIDE SOLUTION

Datin Farah Ezora Ismail dan Azrul Yazid,  kemudian menubuhkan HM WORLDWIDE SOLUTION secara bersama kerana tertarik melihat pelan jangka panjang jenama ini pada masa akan datang.  Melihat kepakaran dalam bidang masing-masing dan kualiti produk ditawarkan, kata sepakat diambil untuk meluaskan jenama Human Mechanic dengan penambahbaikkan yang terbaru mengikut keperluan kesihatan terkini.

Formulasi THM terus dinaik taraf dengan pengeluaran HM+ Relaxing Joints & Muscles cream.  Pastinya kualiti setiap keluaran HM+ dijaga agar pengguna mendapat ‘suasana’ keselesaan serta kelegaan dalam penggunaan produk.

Dengan tagline: “Fuh! Dengan hanya satu sapuan pastinya, HM+” semoga HM+ Relaxing Joints & Muscles cream yang diformulasi dengan pelbagai kandungan alami dapat membantu lebih ramai lagi pengguna untuk kekal aktif dan bertambah sihat.

Sesuai untuk Bersukan dan Aktiviti Lasak Hidup cergas dan aktif dengan HM+

Kita semua tahu kepentingan  bersukan, atau aktiviti lasak sebagi gaya hidup sihat.  Aktiviti fizikal seperti bersenam, berbasikal, bermain badminton, bola sepak, futsal atau mendaki gunung boleh mengeluarkan peluh.

Penting bagi kesihatan dengan aktiviti senaman kardio (cardio exercise), ia meningkatkan denyutan jantung atau “heart rate” dan membakar lemak dari tubuh badan.

Dengan bersukan, kita boleh jadi lebih cergas dan tidak berasa lesu seharian.  Belum lagi manafaat dapat mengawal berat badan. Tak nak kurus ke?

Kenapa tak bersukan walau ianya penting?  Sebab utama adalah kehadiran rasa sakit dan lenguh terutamanya pada betis dan peha selepas bersukan.

Jangan lupa lakukan aktiviti secara beransur-ansur tanpa langkah drastik.  Mulakan dengan proses warm-up dan cooling down selepasnya.  Gunakan juga HM+ Relaxing Joints & Muscles cream sebelum dan selepas aktiviti.

Untuk semua aktiviti fizikal dan lasak Manafaat kecergasan dan keselesaan otot dan sendi dengan HM+

Formulasi HM+ Kesan istimewa manafaat bersama

HM+ Relaxing Joints & Muscles diformulasikan secara istimewa dengan kandungan bahan-bahan alami:

  • Minyak halia bagi anti-radang & anti-septik.
  • Minyak Eucalyptus melegakan sakit-sakit badan.
  • Minyak Tea Tree untuk merawat masalah kulit.
  • Minyak zaitun untuk kelembapan dan keanjalan kulit.
  • Minyak pudina bagi kesan ‘menthon’ dan berangin.
  • Minyak serai anti-fungal mengurangkan kesakitan.

HM+ Frequently Asked Questions

Apa itu HM+?

HM+ Relaxing Joints & Muscles cream adalah krim yang dirumus khas bagi mengurangkan lenguh-lenguh dan kesakitan otot dan sendi.

Adakah HM+ selamat digunakan?

HM+ dirumus dari campuran bahan-bahan alami.  Ia didaftarkan atas Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor NOT 190904805K.  HM+ juga telah diuji bebas dari sebarang unsur berbahaya dengan nombor rujukan ALJB167153.

Adakah saya alergik terhadap HM+?

Lihat kandungan formulasi HM+ ini.  Elakkan menggunakan produk ini jika anda alergik terhadap kandungan tersebut.  Jika terdapat tanda-tanda alergik, hentikan penggunaan dan dapatkan nasihat dari pengamal perubatan yang bertauliah.

Adakah HM+ sesuai untuk semua peringkat umur?

HM+ sesuai untuk peringkat dewasa, warga emas dan kanak-kanak yang berumur lebih dari 5 tahun dan ke atas.

Adakah HM+ ini berbau?

HM+ bertindak sebagai relaxing joints & muscle cream.  Untuk keselesaan penggunaan, ianya tidak berbau seperti ubat-ubatan dan minyak urut. Ia dirumus dengan baun aromatherapy yang menyenangkan.

Adakah HM+ boleh digunakan terhadap luka dan bengkak?

HM+ mempunyai kandungan yang bersifat anti-septik dan anti-inflammatory.  Ia juga mempunyai formula yang sesuai untuk kelembapan dan keanjalan kulit.  Ia boleh digunakan untuk bahagian kulit dengan luka ringan dan bengkak tanpa kesan pedih.  Feedback dari penggunaan HM+ termasuk mengurangkan bengkak dengan berkesan.

HM+ suci dan selamat untuk digunakan Gunakan tanpa banyak persoalan

Agent & Distributor Dapatkan HM+ dari pengedar sah di seluruh negara

Kuala Lumpur

Selangor

Kedah

Terengganu

Putrajaya

Negeri Sembilan

Perlis

Sabah

Johor

Pahang

Pulau Pinang

Sarawak

Melaka

Perak

Kelantan

Labuan

Agent & Distributors Wanted Bina perniagaan anda bersama HM+ sekarang

* We don’t share your personal info with anyone.